settings icon
share icon
Soalan

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang pornografi? Adakah melihat bahan pornografi itu dosa?

Jawapan


Bahan yang paling banyak dicari dalam internet adalah bahan-bahan yang bersangkutan dengan pornografi. Sekarang ini pornografi sangat berleluasa di dalam dunia. Iblis telah berjaya dalam memutarbelit dan menajiskan seks jauh melebihi perkara-perkara yang lain. Iblis telah mengambil sesuatu yang baik dan betul (hubungan kasih dan seks suami isteri) dan menggantikannya dengan hawa nafsu, pornografi, perzinahan, rogol dan homoseks. Pornografi merupakan langkah pertama ke arah cerun licin keburukan akhlak dan perbuatan tidak bermoral yang akan semakin menjadi-jadi (Roma 6:19). Ketagihan terhadap pornografi telah didokumentasi dengan baik. Sama halnya dengan seseorang yang mengambil dadah perlu mengambil dadah yang lebih kuat dan lebih banyak untuk mendapatkan “ransangan” keseronokan yang sama, pornografi mengheret mangsanya untuk masuk semakin dalam kepada ketagihan yang lebih teruk dan keinginan-keinginan yang tidak suci.

Tiga kategori dosa adalah keinginan daging,keinginan mata dan keangkuhan hidup (1 Yohanes 2:16). Pornografi membuat kita mengingini hal-hal kedagingan, dan ianya merupakan keinginan mata. Pornografi sama sekali tidak tersenarai dalam perkara-perkara yang layak untuk kita fikirkan seperti yang tertulis dalam Filipi 4:8. Pornografi membuat ketagih (1Korintus 6:12; 2 Petrus 2:19) dan membinasakan (Amsal 6:25-28; Yehezkiel 20:30; Efesus 4:19). Saripati kepada pornografi adalah mengingini orang lain dalam fikiran kita dan ini merupakan satu kesalahan di mata Tuhan (Matius 5:28). Apabila tabiat seseorang sudah diwarnai dan terserah kepada pornografi itu menandakan orang itu belum diselamatkan (1 Korintus 6:9).

Bagi mereka yang terlibat dalam pornografi, Tuhan dapat dan akan memberikan kemenangan. Adakah anda terlibat dengan pornografi dan ingin kebebasan daripadanya? Berikut ada beberapa langkah untuk menang: 1) Akui dosa kepada Tuhan (1 Yohanes 1:9). 2) Minta Tuhan membersih, memperbaharui dan mengubah fikiran anda (Roma 12:2). 3) Minta Tuhan mengisi fikiran anda dengan Filipi 4:8. 4) Belajar untuk menguasai diri anda dalam kekudusan (1 Tesalonika 4:3-4). 5) Memahami erti seks yang sebenar dan bergantung kepada pasangan hidup anda untuk memenuhi keperluan ini (1 Korintus 7:1-5). 6) Menyedari bahawa apabila anda berjalan dalam Roh anda tidak akan memenuhi keinginan daging (Galatia 5:16). 7) Ambillah langkah-langkah untuk mengurangkan pendedahan diri kepada bahan-bahan lucah. Pasangkan penghalang pornografi dalam komputer anda, kurangkan penggunaan televisyen dan video serta dapatkan seorang Kristian yang boleh mendoakan anda dan dapat membuat anda bertanggungjawab atas tindakan anda.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang pornografi? Adakah melihat bahan pornografi itu dosa?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries