Soalan
Apakah pandangan preteris tentang akhir zaman?
Jawapan
Penafsiran preteris terhadap Firman Tuhan mengatakan kitab Wahyu sebagai simbolik kepada konflik gereja yang awal dan bukan penghuraian tentang apa yang akan berlaku di akhir zaman. Preterisme menyangkal kualiti nubuatan masa depan kitab Wahyu. Preterisme menggabungkan penafsiran secara lambang dan simbolik dengan konsep yang mengatakan kitab Wahyu tidak bercakap tentang peristiwa masa depan secara khusus. Gerakan preteris mengajar bahawa semua nubuatan akhir zaman dalam Perjanjian Baru telah digenapi dalam tahun 70 masehi sewaktu Rum menyerang dan menghancurkan Yerusalem dan Israel.
Surat kepada gereja-gereja dalam Wahyu 2-3 telah ditulis kepada gereja yang benar-benar wujud dalam abad yang pertama dan mempunyai nilai-nilai penerapan untuk gereja-gereja masa kini. Tetapi apabila bab 6-22 ditafsir dalam cara yang sama dengan nubuatan-nubuatan Alkitab yang lain, penulisannya adalah tentang peristiwa-peristiwa yang masih berada di masa depan. Tidak ada alasan untuk menafsirkan kitab Wahyu secara lambang. Nubuatan yang telah dinubuatkan telah digenapi secara harfiah. Sebagai contoh, semua ayat-ayat dalam Perjanjian Lama yang menubuatkan tentang kedatangan Kristus telah digenapi secara harfiah di dalam Yesus. Kristus datang pada waktu yang Dia diramalkan akan datang (Daniel 9:25-26). Kristus dilahirkan oleh seorang perawan (Yesaya 7:14). Dia menderita dan mati kerana dosa-dosa kita(Yesaya 53:5-9). Ayat-ayat ini adalah sebahagian daripada ratusan nubuatan dalam Perjanjian Lama yang Tuhan telah berikan kepada nabi-nabi yang telah tercantum dalam Firman Tuhan dan telah digenapi secara harfiah. Sama sekali tidak masuk akal untuk melambangkan nubuatan yang belum digenapi atau mencuba memahami nubuatan yang belum digenapi dengan cara selain daripada cara pembacaan yang biasa.
Tambahan lagi, penafsirannya preterisme ke atas kitab Wahyu bersifat tidak tetap. Menurut pandangan golongan preteris tentang akhir zaman, Wahyu 6-18 merupakan simbolik dan lambang. Wahyu 6-18 bukan bercakap tentang suatu peristiwa harfiah. Bagaimanapun menurut mereka bab 19 perlu difahami secara harfiah. Yesus akan datang secara harfiah dan jasmani. Kemudian bab 20 ditafsir secara lambang oleh preteris dan bab 21-22 kembali difahami secara harfiah. Sekurang-kurangnya langit dan bumi yang baru benar-benar akan ada. Tidak ada yang menyangkal bahawa kitab Wahyu mengandungi penglihatan-penglihatan yang mengkagumkan dan kadangkala mengelirukan. Tiada siapa menafikan bahawa kitab Wahyu menjelaskan beberapa perkara secara kiasan. Bagaimanapun penyangkalan bahagian yang bersifat harfiah dalam kitab Wahyu telah menghancurkan dasar untuk menafsirkan kitab itu secara harfiah. Sekiranya meterai, terompet, piala, saksi-saksi, 144000, binatang itu, nabi palsu dan kerajaan 1000 tahun merupakan lambang atau simbolik, maka atas dasar apakah kita hendak mengatakan bahawa kedatangan Kristus yang kedua kali dan bumi yang baru sebagai harfiah? Itulah kegagalan preterisme. Ia menyerahkan penafsiran kitab Wahyu kepada pendapat penafsir. Sebenarnya kita perlu membaca,mempercayai dan mentaatinya secara harfiah dan dengan setepat-tepatnya.
English
Apakah pandangan preteris tentang akhir zaman?