Soalan
Siapakah Syaitan?
Jawapan
Kepercayaan orang terhadap Syaitan bermula daripada yang karut kepada yang abstrak—dari seorang lelaki kecil berkulit merah bertanduk yang duduk di bahu menyuruh berbuat dosa, kepada satu expresi yang menyatakan personifikasi kejahatan. Walau bagaimanapun Alkitab memberikan kepada kita satu potret yang jelas tentang siapa Syaitan dan pengaruhnya dalam hidup kita. Alkitab menjelaskan bahawa Syaitan merupakan satu mahluk yang telah jatuh dari kedudukannya di syurga akibat dosa. Sekarang Syaitan sangat menentang Tuhan serta melakukan apa yang ada dalam kekuatannya untuk merosakkan semua rancangan Tuhan.
Syaitan telah dicipta sebagai seorang malaikat suci. Yesaya 14:12 memberikan nama Syaitan sebelum kejatuhan sebagai Lucifer (Putera Fajar). Yehezkiel 28:12-14 menyatakan Syaitan sebagai kerub yang merupakan malaikat di kedudukan paling tinggi. Dia telah menjadi sombong dalam kecantikannya sehingga dia mahu duduk di taktha Tuhan (Yesaya 14:13-14; Yehezkiel 28:15; 1 Timotius 3:6). Kesombongan Syaitan telah membawa kepada kejatuhannya. Perhatikan bilangan “aku hendak” dalam Yesaya 14:12-15. Kerana dosanya, Tuhan telah menghalau Syaitan dari syurga.
Syaitan menjadi penguasa dunia dan penguasa di udara (Yohanes 12:31; 2 Korintus 4:4; Efesus 2:2). Dia menuduh (Wahyu 12:10), menggoda (Matius 4:3; 1 Tesalonika 3:5), dan menipu (Kejadian 3; 2 Korintus 4:4; Wahyu 20:3). Erti namanya adalah “penentang” atau “dia yang melawan.” Satu lagi gelarannya iaitu Iblis bermaksud “pemfitnah”.
Walaupun dia telah diusir dari syurga dia masih mahu meninggikan takthanya mengatasi Tuhan. Dia meniru semua pekerjaan Tuhan dalam mengharap untuk mendapat penyembahan dunia dan menggalak penentangan terhadap kerajaan Allah. Syaitan merupakan sumber setiap bidat palsu dan agama dunia. Syaitan akan melakukan apa saja dalam kemampuannya untuk menentang Tuhan dan mereka yang mengikuti Tuhan. Bagaimanapun nasib Iblis sudah ditentukan iaitu kekal dalam lautan api (Wahyu 20:10).
English
Siapakah Syaitan?