settings icon
share icon
Soalan

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang tindakan undang-undang/menyaman?

Jawapan


Rasul Paulus menasihati orang-orang percaya di Korintus supaya jangan membawa masalah sesama seiman ke mahkamah (1 Korintus 6:1-8). Apabila orang Kristian tidak dapat memaafkan sesama dan berdamai terhadap perbezaan yang ada, mereka sebenarnya menampakkan kekalahan mereka. Mengapakah seseorang mahu menjadi seorang Kristian sekiranya orang-orang Kristian juga mempunyai banyak masalah dan tidak berkemampuan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang ada? Bagaimanapun ada waktunya di mana tindakan undang-undang boleh menjadi jalan penyelesaian yang terbaik. Sekiranya cara perdamaian Alkitab sudah dituruti (Matius 18: 15-17) dan yang orang yang berbuat salah masih bersalah, kadangkala tindakan undang-undang boleh dibenarkan. Ini perlu dilakukan setelah banyak perdoa untuk mendapatkan hikmat (Yakobus 1:5) serta mendapat nasihat bimbingan daripada kepimpinan rohani.

Keseluruhan konteks 1 Korintus 6:1-6 bercakap tentang pertikaian yang berlaku dalam gereja, tetapi Paulus merujuk kepada sistem mahkamah apabila dia bercakap tentang pengurusan-pengurusan yang berlaku dalam kehidupan ini. Paulus bermaksud sistem mahkamah wujud untuk perkara-perkara dunia yang berada di luar daripada gereja. Masalah gereja tidak harus dibawa ke mahkamah, sebaliknya perlu diselesaikan di dalam gereja.

Kisah 21–22 bercakap tentang Paulus yang telah disalah tuduh dengan kesalahan jenayah yang tidak dilakukannya. Orang-orang Rum menangkapnya dan ketua membawanya ke dalam dan memberi perintah supaya Paulus dirotan dengan tali untuk membuatkannya mengakui kesalahan jenayahnya. Dia mahu tahu mengapa orang ramai telah menjadi begitu marah. Apabila mereka mahu mengikatnya, Paulus berkala kepada pegawai yang berdiri di dekatnya, "Bolehkah kamu merotan seorang warganegara Rum, apalagi tanpa diadil?” Paulus menggunakan undang-undang Rum dan kewarganegaraannya untuk melindungi diri-Nya. Sistem perundangan tidak salah apabila digunakan dengan motif yang betul dan hati yang murni.

Seterusnya Paulus mengumumkan, “Adanya perkara di antara kamu yang seorang terhadap yang lain telah merupakan kekalahan bagi kamu. Mengapa kamu tidak lebih suka menderita ketidakadilan? Mengapakah kamu tidak lebih suka dirugikan?” (1 Korintus 6:7). Perkara yang dibimbangkan Paulus di sini adalah kesaksian orang percaya. Lebih baik membiarkan orang mengambil kesempatan ke atas kita dan kita disalahgunakan daripada diri kita dengan sengaja menolak seorang peribadi sehingga semakin jauh daripada Kristus dengan membawanya ke mahkamah. Yang manakah yang lebih penting, satu peperangan berdasarkan undang-undang atau perjuangan untuk mendapatkan jiwa seseorang?

Sebagai rumusan, haruskah seorang Kristian mengheret sesama seiman ke mahkamah berhubung masalah dalam gereja? Tentu sekali tidak! Haruskah seorang Kristian membawa sesama Kristian ke mahkamah berhubung perkara yang bersangkutan undang-undang awam? Sekiranya dapat dielakkan, jangan. Haruskah seorang Kristian membawa seorang bukan Kristian ke mahkamah? Sekali lagi, sekiranya dapat dielakkan jangan berbuat begitu. Bagaimanapun dalam perkara tertentu seperti melindungi hak-hak kita (seperti teladan Paulus), mungkin adalah lebih sesuai untuk mengambil jalan perundangan untuk menyelesaikannya.

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Apakah yang dikatakan Alkitab tentang tindakan undang-undang/menyaman?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries