settings icon
share icon
Soalan

Haruskah orang Kristian bertoleransi terhadap kepercayaan agama orang lain?

Jawapan


Dalam zaman “toleransi” ini, relativisme moral seringkali dicanangkan sebagai kebaikan tertinggi. Setiap falsafah, idea, dan sistem kepercayaan mempunyai merit setara, kata relativis itu dan layak untuk saling hormat menghormati pada tahap yang sama. Mereka yang menyukai satu sistem kepercayaan di atas yang lain atau yang lebih teruk lagi mereka yang mengaku memiliki satu ilmu kebenaran yang mutlak dianggap berfikiran sempit, jahil, atau juga fanatik.

Sudah tentu agama-agama yang berbeza masing-masing membuat tuntutan-tuntutan eksklusif dan golongan relativis tidak mampu dalam menggunakan akal untuk memperdamaikan pertentangan yang sangat ketara. Sebagai contoh, Alkitab berkata “manusia ditetapkan untuk mati hanya satu kali saja, dan sesudah itu dihakimi” (Ibrani 9:27), sementara sesetengah agama-agama Timur mengajar tentang jelmaan dan kelahiran semula. Jadi adakah kita mati hanya sekali atau berkali-kali? Kedua-dua ajaran-ajaran ini tidak mungkin benar. Relativis pada dasarnya mendefinisikan semula kebenaran dengan tujuan mewujudkan sebuah dunia yang kelihatan aneh dan bertentangan di mana kebenaran-kebenaran yang berlipat ganda dan bertentangan dapat wujud bersama-sama.

Yesus berkata , “"Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorang pun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku” (Yohanes 14:6). Seorang Kristian telah menerima Kebenaran, bukan sebagai satu konsep, tetapi sebagai Satu Peribadi. Pengiktirafan Kebenaran ini memisahkan orang-orang Kristian daripada yang mengaku “berfikiran terbuka”. Orang-orang Kristian secara terang-terangan mengiktirafkan kebangkitan Yesus daripada kematian (Roma 10: 9-10). Sekiranya dia benar-benar percaya kepada kebangkitan Yesus, bagaimanakah mungkin dia bersikap “berfikiran terbuka” terhadap pengakuan seorang tidak percaya yang berkata Yesus tidak pernah bangkit kembali? Bagi seorang Kristian, menyangkal ajaran Firman Tuhan yang sangat jelas samalah dengan menyangkal Tuhan sendiri.

Perhatikan bahawa kita telah menyebut asas-asas keimanan dalam contoh-contoh kita setakat ini. Beberapa perkara seperti kebangkitan jasmani Kristus, tidak boleh dirundingkan. Perkara-perkara lain masih boleh diperdebatkan seperti siapa penulis Surat Ibrani atau sifat kepada “duri dalam daging” yang disebut Paulus. Kita harus mengelak dari terbenam dalam pertikaian mengenai perkara-perkara kurang penting (2 Timotius 2:23; Titus 3:9).

Juga apabila mempertikaikan/berdialog mengenai ajaran-ajaran penting, seorang Kristian haruslah menguasai diri dan menunjukkan rasa hormat. Ia satu perkara untuk tidak bersetuju dengan satu kedudukan; ia adalah agak satu perkara lagi untuk merendah-rendahkan seseorang. Kita mesti berpegang teguh kepada kebenaran sambil menunjukkan belas kasihan terhadap mereka yang mempersoalkannya. Sama seperti Yesus,kita hendaklah penuh dengan kasih karunia dan kebenaran (Yohanes 1:14). Petrus meletakkan satu keseimbangan yang baik di antara mempunyai jawapan dan mempunyai kerendahan hati apabila dia berkata: “...siap sedialah pada segala waktu untuk memberi pertanggungan jawab kepada tiap-tiap orang yang meminta pertanggungan jawab dari kamu tentang pengharapan yang ada padamu, tetapi haruslah dengan lemah lembut dan hormat” (1 Petrus 3:15).

English



Balik ke laman bahasa Melayu

Haruskah orang Kristian bertoleransi terhadap kepercayaan agama orang lain?
Kongsi halaman ini: Facebook icon Twitter icon Pinterest icon Email icon
© Copyright Got Questions Ministries